2 NOVEMBER 2012
24 Zulhijjah 1433H
Habib Ali Zainal Abidin, Kumpulan InTeam dan Kumpulan AlMawlid
Alhamdulillah. Delisha dh selamat bertahnik.
Majlis diadakan beramai3 di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.
Program bertahnik ni actually diselitkan dlm program Maulid Bulanan
oleh Habib Zainal Abidin dan kumpulan AlMawlid, Inteam.
Subhanallah.. dh lame dh program neh sebenarnyew.
Banyak kali dh abg aku ajak pegi.. Tp aritu baru berpeluang pegi.
Subhanallah Subhanallah..Subhanallah
terasa sgt3 laa syahdu, sebak. bile masjid penuh dgn
lautan umat islam terutama golongan muda. berqasidah, berselawat ke atas
Rasulullah SAW dan memuji Yang Maha Esa. Alhamdulillah.
Program ni membawa impak yg besar menarik minat org muda untuk
turun ke masjid.
Petikan dr http://munsyeed.com/v1.9/2012/07/inteam-almawlid-di-maulid-akbar-darul-murtadza/
Inteam & Almawlid bergambar
bersama Habib Ali Zainal Abidin
Kumpulan Inteam dan Almawlid telah
diminta oleh Habib Ali Zainal Abidin untuk mengetuai alunan Qasidah di Maulid
Akbar Darul Murtadza, Jumaat ini. Majlis maulid bulanan ini akan diadakan pada
hari Jumaat ini, 6 Julai 2012 di Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala
Lumpur, bermula jam 9.00 malam.
Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza
diadakan pada setiap hari Jumaat, minggu pertama setiap bulan, selepas solat
Isyak di Masjid Muaz Bin Jabal. Manakala Majlis Ta’alim Darul Murtadza pula
diadakan pada setiap hari Jumaat, minggu ke-2, ke-3 dan ke-4, selepas solat
Isyak di masjid yang sama. Majlis ini dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin.
Semua muslimin dan muslimat dijemput
hadir ke majlis Maulid Akbar Darul Murtadza, Jumaat ini. Semoga kita beroleh
kebaikan dan manfaat dari majlis ilmu seumpama ini.